1.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI
1.1 Definisi fonetik
Menurut Kamus Dewan (1996:354),
fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata
dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate
Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “thesystem of
speech sounds of a language or group of languages”.Kamus OxfordAdvanced
Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the
study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of
Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with
sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the
production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the
sound waves in which they result, andthe auditory effect they produce on the
hearer”.
Kamus Collins Shorter English Dictionary
(1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with
pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus
Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik
sebagai “ilmuyang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan
tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik
sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs,
seeking to describe them, account for their production, and classify them.”
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa
pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orangsarjana bahasa juga
disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand
de Saussure dalam buku Pengantar LingustikUmum yang diterjemahkan oleh Ajid Che
Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang
asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan
terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam
buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah
Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication
menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai
fonetik artikulasi, dan juga sifat
fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang
yangdikenali sebagai fonetik akustik). Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud
kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik
memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics)
ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai
pembeda makna dalamsuatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya
Pengantar Linguistik memberikan
pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi
sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala Abdullah Hassan dalam
bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik
seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi penyebutan,
pendengaran atau sifatnya…Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur
bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik
dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan : “ Fonetik ialah kajian saintifik
mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2)
Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang
yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu.
Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. Seseorang boleh melakukan
kajiannya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika
bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan melaui udara, mengatur
jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat ini
berubah dalam proses penghasilannya (1986:52-53). Raja Mukhtaruddin bin Raja
Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai
berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam
fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan
bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain
seumpamanya.” (1982:40).
1.2
Definisi Fonologi
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang
berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan
kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionary tenthedition (1996:874)
fonologi dihuraikan sebagai “the science of speechsounds including,
especially the history and theory of sound changes in alanguage or in
two or more related languages.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti
Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam
linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of
Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the
study of thesystems of speech sounds, especially in
a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572)
menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language
and of the history of their changes
.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi
dikatakan“the study of the sound system of a language or of language in
general.” TheWorld Book Dictionary (1981:1567)
menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.Dalam
Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch
of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they
enter into the structure of language.” Di samping itu juga definisi
dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat
beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya
Linguistik:Pengantar Bahasa dan
Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi
pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah
subbidang linguistic yang mengkaji
struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilahfonologi digunakan dalam dua cara.
Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang
mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk
bahagian teori tentangbahasa manusia yang umum yang berrkaitan dengan sifat
universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112).
Manakala Frank parker dalam
Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan:
“Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu
rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut J.W.M.
Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu
mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurutfungsinya untuk
membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86) Abdullah Hassan
pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia
menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu.”(1993:40)
1.1
FONETIK ARTIKULASI
Fonetik artikulasi adalah merupakan
satu cabang ilmu dari bidang Fonetik. Fonetik artikulasi memfokuskan kajian dan
perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman.
Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan diperkenalkan kepada sistem
penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita suara, lelangit
lembut dan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi. Fonetik artikulasi juga
akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi terjadi, contohnya
paru-paru ditekan, udara keluar dan menggeletarkan pita suara, menggerakkan
lidah serta rahang ditambah dengan pergerakan bibir sehingga terhasilnya bunyi.
Alat- alat yang digunakan untuk membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai
artikulator. Bunyi –bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal.
Faktor utama yang terlibat dalam
klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah faktor bersuara dan tak bersuara di
faktor titik artikulasi. Manakala faktor utama dalam kasifikasi bunyi vokal
ialah kedudukan bibir dan darjah naik turun lidah dalam rongga mulut.
Bunyi-bunyi yang berbeza akan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi
bahagian-bahagian organ tutur yang boleh bergerak. Untuk menentukan perbezaan-perbezaan
dari aspek penghasilan bunyi, kita mestilah menentukan organ-organ mana yang
terlibat dalam waktu-waktu yang relevan. Kita juga seharus dapat menentukan
samada udara yang keluar udara jenis egresif ataupun udara jenis ingresif. Di
samping itu kita seharusnya melihat juga bagaimana tekanan udara yang keluar
samada kuat atau perlahan. Selain itu, kedudukan pita suara dan velum juga
harus diambil kira. Bunyi bahasa akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita
suara sementara bunyi oral atau bunyi nasal pula akan ditentukan oleh kedudukan
velum.
Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan
pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan
alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat
artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan
bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian
dada, tekak dan kepala.
Artikulator bahagian dada seperti
paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian
tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid
(cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks
(pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis).
Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana
boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai
alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses
penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif.
Bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat
artikulasi . Lihat rajah alat-alat artikulasi atau disebut juga articulator
yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
1.1.1 ARTIKULATOR AKTIF
- Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.
1.1.2 ARTIKULATOR PASIF
- Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).
- Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.
- Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi :
Setiap peneliti atau linguis mempunyai
pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik artikulasi. Antaranya
yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah
seperti yang berikut:
Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan
Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik artikulasi
mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat
artikulasi”.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar
(2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai
cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12)
berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian
ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara
yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi
kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu
termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di
samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita
suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian
dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan
pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat
“electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil
potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan
dalam terusan ujaran. Beliau
pendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana
bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan
bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga
mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.
Fonetik ini merupakan ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi
diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi
bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita
bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan
diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa
itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea, pita suara,
kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau rongga
hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi
bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana
kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.
1.2 Penghasilan Bunyi Bahasa
1.2.1 Sistem Penghasilan Bunyi
1) Paru-Paru (Lungs)
Paru-paru dilindungi oleh tulang
rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa Menghembus
udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk,
paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk
dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan
bunyi-bunyi bahasa.
2) Larings
Larings terdapat di bahagian atas
tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang
masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan
trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga
dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu
penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak.
Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara
yang berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara
atau tidak bersuara
3) Farings
Farings terletak atas daripada
larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada dua yang
mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal
(hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu
menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran
bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.
4) Rongga Oral (Mulut)
Rongga ini merupakan bahagian/ organ
terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk menghasilkan bunyi
yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian
hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali
sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit
lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat
udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam pengujuran
adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak
juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang
terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada
lelangit lembut.
Organ yang paling penting yang
terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin
(1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan
hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat
asal):
i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang
bertentangan dengan gigI-gusi.
ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang
bertentangan dengan lelangit keras.
iii. Belakang lidah (Back)-bahagian
yang bertentangan dengan lelangit lembut.
5) Rongga Nasal (Hidung)
Rongga nasal/hidung merupakan organ
yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita suara bergetar,
velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara
satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau.
Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak
keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar
melalui rongga hidung,
1.3 Organ/Alat/Saluran Sebutan
a) Pita Suara
Mengandungi glotis yang akan
berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara atau
tidak bersuara
b) Anak Tekak (Uvulum)
Sekeping otot yang terdapat di
bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah akan berinteraksi
dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.
c) Lelangit lembut. (Velum)
Organ yang lembut dan boleh mengawal
udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Bahagian ini boleh
disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.
d) Lelangit keras (Palatum)
Merupakan bahagian atas rongga mulut.
Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. Selalunya bahagian tengah lidah
akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c] dan [j].
e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)
Merupakan batas gusi yang terletak di
antara gusi dan lelangit keras.
f) Gusi. ( Alveolum)
Merupakan bahagian isi di mana
terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah sering berinteraksi dengannya
untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].
g) Lidah.
Merupakan organ yang paling aktif dan
boleh bergerak ke beberapa daerah dan membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh
dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah, daun lidah, depan lidah,
belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail : 2005).
h) Gigi. (Dental)
Ianya turut membantu dalam penghasilan
bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja yang kelihatan dan sering disebut
sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi
depan dan belakang juga begitu.
i) Bibir. (Labia)
Ianya boleh dirapatkan untuk
menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b] atau dirapatkan ke gigi hadapan
untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan dileperkan
untuk menghasilkan vokal.
1.4 Bunyi-Bunyi Bahasa
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan
kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama
dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara
artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga
kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang
penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam
klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah
dalam rongga mulut.
1.4.1 Cara
Sebutan Bunyi
Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara
asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen vokal atau konsonan boleh
dilihat dari tiga aspek, iaitu:
a) Bunyi oral atau nasal
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu
dihalang atau tidak.
a) Bunyi oral atau nasal
Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral
jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi bahasa itu disebut.
Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan dari farings
dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.
Contoh;
Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].
Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
Bunyi bersuara terjadi apabila udara
melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat. Ketika itu pita suara akan
bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika udara melalui
pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara ketika
itu tidak bergetar
Contoh:
Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].
Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s
].
c) Udara semasa menghasilkan bunyi
dihalang atau tidak.
Penghasilan udara dari papu-paru juga
mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau tidak oleh organ-organ tertentu
di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan.
Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga
pertuturan, seperti semasa menyebut bunyi-bunyi vokal.
1.5 Konsonan
Konsonan ialah segmen bunyi yang
ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada secara sepenuhnya atau tidak
di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi
vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau tak
bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi
konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:
a. Cara yang utama iaitu oral atau
nasal.
b. Cara udara dilepaskan iaitu
hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran.
c. Daerah iaitu biladial (dwididir),
ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi), palatal
(lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal
(rongga tekak), atau gotal (pita suara).
d. Keadaan pita suara, sama ada
bersuara atau tak bersuara.
1.5.1 Titik
Artikulasi Konsonan
Titik artikulasi dan artikultor
merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat
bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik artikulasi
ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak. Ia bersifat statik.
Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti
lidah, rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam
titik artikulasi di samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap
sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggap sebagai
articulator. Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang
membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi
tersebut ialah:
1) Dua bibir
2) Bibir-Gusi
3) Gigi (Dental)
4) Gigi-Gusi (Alveolus)
5) Gelungan ( Refroflex)
6) Lelangit keras – Gigi gusi
7) Gigi Gusi – Lelangit keras
8) Lelangit keras
9) Lelangit Lembut
10) Anak Tekak
Alat Artikulasi
(Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang
menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari
paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya
adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi
membersihkan darah. Di samping itu, aliran udara juga digunakan
untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi bahasa ini
tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-organ
ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.
1. Bibir atas
2. Bibir bawah
3. Gigi atas
4. Gigi bawah
5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut
8. Anak tekak
9. Hujung lidah
10. Hadapan lidah
11. Tengah lidah
12. Belakang lidah
13. Akar lidah
14. epiglottis
15. Pita suara
16. Rongga tekak
17. Rongga hidung
18. Rongga mulut
19. Rahang
1.6
Vokal
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan
secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus dari paru-paru ke rongga
pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja
iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Ketika
bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara
titik artikulasi dengan artikulator.
Menurut Radiah Yussof (2005), untuk
mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu menggunakan aspek:
i. Lidah - sama ada tinggi, tengah,
atau rendah
ii. Bahagian lidah - sama ada tengah,
atau belakang
iii. Keadaan bibir - sama ada neutral,
leper atau bundar.
1.6.1
Vokal Sistem Kardinal – Daniel
Jones (1956)
Pengelasan vokal yang terbaik adalah
berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkan leh Daniel Jones (1956).
Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:
Apabila menghasilkan bunyi-bunyi
vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting. Lelangit lembut
(terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi
sengau.
Lidah boleh memberikan berbagai-bagai
bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza. Lokasi dan
kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang
menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut sementara yang
menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.
Terdapat empat bahagian bagi paksi
menegak, iaitu:
i. Bahagian sempit/tinggi
ii. Bahagian separuh sempit/tinggi
iii. Bahagian separuh luas/rendah
iv. Bahagian luas/rendah
Paksi menegak ini bermula dari dari
lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau sempit
merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung mulut. Merujuk kepada
mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan belakang
lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan
hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal
belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan
dibunyikan .
1.9 Diftong
Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini
adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak.
Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal
hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang
mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak
kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai
satu suku kata sahaja.
Terdapat tiga jenis diftong dalam
bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.
Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/
ii)
FONETIK AKUSTIK
Fonetik akustik ialah cabang fonetik
yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami
perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat
artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi
bahasa itu ke telinga pendengar. Kajian
ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa atau ciri gelombang bunyi yang yang dimiliki
suatu bahasa itu yang sampai ke telinga pendengar.
Ø
Penelitian
terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis
alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan
dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar
gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan
spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza,
lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara
seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan
getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki.
Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap
saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat.
Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati
bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang.
Ø
Bunyi
vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih
rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e],
dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o].
Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada
pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh
tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi
tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan
bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga
mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku
kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini
kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara
dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan,
tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang.
Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang
dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan
[s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi
konsonan [f] dan [v].
iii)
FONETIK AUDOTORI
Fonetik auditori ialah cabang fonetik
yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang
dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan
bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar
sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang
berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi. Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar
itu menanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya.
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori
Setiap peneliti atau linguis mempunyai
pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya
yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti
yang berikut:
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo
Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik auditori merupakan kajian yang
berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya
bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar
(2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang
mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi
yang dihasilkan.
Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83)
berpendapat bahawa fonetik auditori
ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila
kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori
melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke
telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala
bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi
dan kepadatan tertentu.
b. Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat
lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a]
manakala tiga Vokal belakang iaitu
[u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu
[ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau
bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara,
udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau
geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri
tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian
lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah
sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan,
keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar
melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak
rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa
udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Cara membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka
bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan
peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah,
anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa
Melayu.
Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah
Lo Abdullah (2007),telah menghuraikan secara terperinci cara bunyi vokal
cardinal [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [Ɔ],
dan [∂]
Ulasan